Bahan yang bagus untuk kecantikkan
Sebelum uols beli sesuatu produk, uols mesti la kena check ingredients apa yang sesuai dengan jenis kulit dan ingredients apa yg diperlukan untuk atasi masalah kulit uols. Betul tak?
Okay untuk artikel kali ni, kita nak kongsi sikit bahan2 yg best untuk kecantikan kulit wajah kita.
Alpha Arbutin
Alpha arbutin ni banyak terkandung dalam buah – buahan seperti bearberry, blueberry, gandum dan banyak lagi. Alpha arbutin banyak fungsi yang dapat memberikan manfaat kepada kulit wajah, antaranya ialah mengurangkan pengeluaran melanin pada kulit wajah justeru, kulit wajah akan tampak lebih cerah.
Niacinamide
Niacinamide merupakan Vitamin B3 yang dapat membantu mengecilkan liang pori di wajah. Untuk pengetahuan uols, jerawat terhasil disebabkan liang pori yang tersumbat dengan minyak dan kotoran yang terlekat pada wajah. Jadi, niacinamide ni secara tidak langsung boleh bantu mengurangkan pertumbuhan jerawat dan juga penghasilan minyak di muka! So uols yg ada masalah jerawat, kulit muka berminyak atau liang pori yang besar boleh try skincare yg ada bahan ni ye!
Lecithin
Siapa nak kulit glowing? Haa kalau uols teringin nak kulit yg glowing, pilih skincare yg mengandungi lecithin. Fungsi lecithin adalah untuk mengekalkan kelembapan dan menghaluskan kulit supaya kulit tidak bersisik dan kering. Selain itu, ia juga boleh melambatkan proses penuaan pada wajah kita!
Aloe Vera
Selain mampu menyembuhkan luka dengan cepat, Aloe vera mengandungi kandungan air yang tinggi yang mampu mengelakkan masalah kulit kering dan kusam. Bukan itu sahaja, aloe vera juga dapat menerahkan kulit yang kusam.
Teh Hijau
Ramai yang tidak tahu bahawa teh hijau mempunyai banyak manfaat kepada kecantikan wajah! Teh hijau mengandungi bahan antiflamasi dan antibakteria yang tinggi dimana ianya mampu merawat kulit ‘sunburn’ akibat sinaran matahari, bantu menghilangkan jerawat selain dapat bantu mengawal pengeluran minyak yang berlebihan di kulit wajah.
So sebelum uols nak beli skincare, make sure uols kena RAJIN check ingredients okay? Perhatikan betul2 bahan mana yang sesuai dengan jenis kulit muka uols. Jangan lupa juga untuk RAJIN membaca dan kaji bahan mana yg diperlukan untuk mengatasi masalah kulit uols.
Comments
Post a Comment