PETUA HILANGKAN TINY BUMP DEKAT MUKA

Apa itu tiny bump? Tiny bump dia sejenis jerawat pasir atau dikenali sebagai jerawat halus, bersaiz kecil yang tumbuh secara berkelompok di bahagian muka yang berminyak terutamanya di kawasan dahi, dagu, dengan pipi kita. So sis Nur nak share dengan korang macam mana nak kurangkan tiny bump. 1. Elakkan terdedah dengan cahaya matahari berlebihan sebab sinaran UV boleh rosakkan DNA sel kulit dan merencatkan struktur kulit anda. 2. Elakkan daripada menggunakan thick creams atau produk penjagaan kulit berasaskan minyak. Minyak yang berlebihan boleh membawa kepada penyumbatan pada pori wajah. 3. Exfoliate kulit 2-3 kali seminggu untuk buang segala jenis sel kulit mati dan kotoran-kotoran di permukaan kulit. 4. Elakkan daripada picit blackhead, whitehead serta bintik-bintik dekat muka. Sebab boleh jadi luka dan terdedah kepada bakteria yang membawa kepada situasi yang lebih parah seperti masalah jerawat pasir. Korang boleh try okay! :)

Comments

Popular Posts