Eh duduk rumah pun nak kena pakai Skincare ke??
Hi! Ada tak diantara uols yg tiba2 tumbuh biji2 kecil di dahi, pipi atau kulit rasa berminyak, tak glowing seperti biasa dan senang cite kulit nampak berbeza, breakout dan tak segar bila duduk di rumah?
Mesti ramai jugak yg fikir “alaa duduk rumah ni tak payah pakai skincare pun takpe sbb tak kena cahaya matahari & tak terdedah dengan udara luar pon.” Uols silap jika beranggapan mcm ni!
Kadang kita tak perasan udara di rumah kadang2 pun kotor juga ye walaupun terlindung dari udara kotor di luar. Lagi2 kalau uols ada bela haiwan perliharaan perghh lagi la bulu2 dia tu terlekat2 kat sofa & carpet. Lepas tu kita guling2 pulak kat tmpt tu.
Kalau uols jenis yg hari2 kena masak di rumah haa memang senang la muka naik jerawat sbb bila muka kita berminyak, pori2 akan mula tersumbat! So senang sangat jerawat2 ni nak berkampung kat muka.
Bukan tu je, biasanya bila duduk dalam rumah ni mesti kita nak mengemas kan? Haa bila mengemas, kulit kita ni mesti terdedah dengan habuk2 dan kotoran. Sampaikan kadang2 muka jadi gatal2 pastu mula la tumbuh bintik2 kecil.
Sebab tu la pentingnya penjagaan kulit wajah walaupun di rumah! Uols tolong la jangan lupa untuk basuh muka menggunakan pencuci muka! lagi2 lepas dah masak & kemas rumah. Kalau boleh gunakan cleanser yg boleh hilangkan kotoran minyak di muka dan pada masa yg sama boleh mengekalkan kelembapan kulit seperti Meeracle Cleanser!
Jangan biarkan jerawat bermaharaja lela di kulit wajah kita ni! Sbb skali tumbuh tu pergh nak hilang susah! Bila dah hilang, parut pulak kekal kat muka ni!
Jadi pastikan uols basuh muka menggunakan cleanser at least 2 kali sehari dan apply serum 2 kali sehari juga utk kekal lawa, glowing and flawless gituu. Kena rajin dan displin tau. Jangan malas2 ye!
Comments
Post a Comment