Meeracle dipercayai Scha Al-Yahya


 Assalamualaikum korang,


Haa korang mesti dah tahu pasal big news ni kan ???Alhamdulillah introduce the NEW AMBASSADOR for MEERACLE 2020 SCHA AL-YAHYA 🤩🤩


Kecoh sejak semalam IG Scha Al-Yahya hilang, sekarang dah aktif balik, tapi tak sangka pulak…

Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila selebriti terkenal yang juga ikon fesyen Tanah Air, Scha Al-Yahya menghilangkan diri dari Instagram.

Mempunyai  lima juta pengikut di Instagram sudah pasti membuatkan para peminatnya tertanya-tanya akan tindakan yang dilakukan oleh Scha secara tiba-tiba.

Kembali semula selepas menghilang

Namun begitu, Scha telah kembali semula menemui pengikutnya dan memaklumkan melalui satu video bahawa beliau telah dilantik menjadi duta baru kepada produk MEERACLE.

Kembalinya Scha di media sosial dengan produk keluaran MEERACLE itu telah membuatkan rata-rata peminatnya gembira selepas tindakan mengejutkan ikon fesyen tersebut yang menyahaktifkan akaun Instagramnya semalam.

Video Player
00:00
00:43

MEERACLE jenama produk kecantikan dipercayai Scha Al-Yahya

Dalam pada itu, Scha Al-Yahya juga telah berkongsi bagaimana beliau sangat berbesar hati untuk menjadi duta baru kepada MEERACLE kerana produk kecantikan tersebut merupakan jenama tempatan pertama yang dipercayai olehnya.

“Sepanjang 14 tahun dalam industri seni, Scha sememangnya tercari-cari produk tempatan, terutamanya untuk keperluan Scha. Dengan adanya produk MEERACLE ini, ia memberikan sesuatu yang berbeza.”
“Bagi Scha apa yang menarik dengan MEERACLE adalah dari segi pembungkusannya, produk itu sendiri, baunya pun sangat wangi dan menenangkan. Semua perkara itu sangat dekat dengan hati Scha, sesuailah dengan tagline ‘Menjadi Dengan MEERACLE’.”

Hadir membawa 5 produk terbaru MEERACLE

Selaras dengan pelantikan beliau sebagai duta, Scha telah tampil bersama 5 produk penjagaan kulit iaitu dua hero produk MEERACLE, Gemstone Facial Serum dan Gemstone Facial Cleanser .

Tidak hanya itu, produk keluaran terbaharu MEERACLE yang baru dilancarkan pada awal Februari tahun ini iaitu MEERACLE Under The Sea Collection yang terdiri daripada Toner, Moisturizer dan Scrub juga menjadi buah tangan MEERACLE bersama dengan Scha Al-Yahya.


Comments

Popular Posts