Mitos Mitos Kecantikkan
Pada zaman ni, banyak petua, tips dan penyataan mengenai kecantikan yang dikongsikan di laman sosial. Masih ramai lagi di antara kita yang tidak tahu sama ada perkara ini fakta atau auta?
1. Ubat gigi
Betul ke ubat gigi mampu kecutkan jerawat?
Jawapannya ialah betul! TAPI….penggunaan ubat gigi untuk kecutkan jerawat adalah sangat TIDAK DIGALAKKAN kerana bahan yang terkandung dalam ubat gigi boleh menyebabkan kulit wajah anda mengalami masalah iritasi, kemerahan dan terbakar! So better uols pakai la produk yang dihasilkan khas untuk mengecutkan jerawat.
2. Kulit kayu manis
Petua orang dulu2 mengatakan bahawa serbuk kulit kayu manis mampu merawat masalah jerawat, bintik hitam dan masalah pigmentasi. Untuk pengetahuan uols, kulit kayu manis memiliki rasa panas yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan kemerahan.
3. Coklat
Ada yang berkata bahawa makan coklat boleh menyebabkan jerawat mudah tumbuh pada kulit wajah. Salah tau uols! Coklat bersifat antioksidan yang mampu melindungi kulit kita dari sinaran matahari.
4. Air basuhan beras
Kalau uols tengah basuh beras tu jangan buang tau air basuhan beras yg ketiga! Kenapa? Haa ada yang mengatakan bahawa air basuhan beras ni banyak khasiatnya dan mampu mencerahkan kulit wajah kita. Caranya? Uols Cuma sapukan air beras ke wajah, kemudian tepuk-tepuk wajah uols and biar je dia kering sendiri.
5. Lemon
Lemon memiliki vitamin C yang tinggi. Banyak petua mengatakan bahawa air perahan lemon mampu menghilangkan bintik hitam, pigmentasi, jeragat dan jerawat. Namun sebenarnya, lemon ni memiliki sifat yang ‘tajam’. Jika uols menggunakan air perahan lemon terus ke wajah uols, kemungkinan besar kulit uols boleh menjadi kemerahan dan seperti terbakar jika terus terdedah kepada matahari selepas menggunakannya.
6.Kerap makeup kulit mudah berjerawat
Untuk pengetahuan uols, penyataan ini adalah tidak benar. Jerawat terhasil bukanlah disebabkan bahan yang terkandung dalam makeup tersebut. Tetapi ianya terhasil adalah disebabkan liang pori tersumbat dengan kotoran atau minyak yang tidak dibersihkan dengan sempurna dan betul. Sebab tu lah uols kena bersihkan wajah uols mengikut langkah yang betul. Boleh baca artikel cara penjagaan kulit wajah di sini – Step by Step Skincare Routine
Banyak lagi ye mitos mengenai kecantikan. Ingat, sebelum uols apply sesuatu di kulit wajah, pastikan uols dah buat kajian terlebih dahulu mengenai kesan baik dan buruk pemakaian sesuatu benda.
Comments
Post a Comment